Sunday 19 October 2014

Sun Burn

"Muka mu macam topeng," kata Pak Long setelah melihat wajahku yang pulang dari jogging dan baru sahaja selesai meleraikan ikatan shawl di kepala. Ada sedikit tawa di hujung kata Pak Long. Aku hanya mampu tersenyum dan masih mengambil masa menghilangkan lelah. Kelihatan Atok dan Mak Cik sedang bekerja keras membuat cendol.

"Guna senduk ni ha, cepat sikit," kata Atok kepada Mak Cik.

Saturday 18 October 2014

Kenangan Aki

"Assalamualaikum  Zati, free tak esok?", tidak sempat panggilan disambut dengan jawapan salam, aku terus terjah
Izzati dengan soalan.

"Waalaikummussalam, esok tak buat apa-apa, kenapa" jawab Izzati. Izzati sudah biasa begini, terjah sahaja apabila membuat panggilan telefon. Sahabat yang sentiasa dalam suka dan duka sejak 13 tahun yang lalu.

"Weh, jom pergi jogging esok nak?" tanya Shahida dengan harapan menggunung.

"Aku okey je.." jawab Izzati.

"Okey, aku ajak Along dengan Aten sekali tau.." beritahu Shahida. Dah lama tak jumpa Along sejak seminggu di rumah Atok.

"Okey, esok aku pergi rumah kau" kata zati.

"Beres! Okey, jumpa esok, Assalamualaikum " akhirnya Shahida mengakhiri panggilan setelah Izzati menjawab salam.

Shahida Whatsapp Fatin dan telefon Along, ajak pergi jogging. Along excited sangat sebab memang dia yang message sejak dua hari lalu untuk ajak Shahida pergi mandi pantai. Fatin pula tak confirm, katanya mahu belajar buat tudung di bengkel jahitan.

Selepas subuh, Shahida siap-siap berpakaian sukan. Along tiba di rumah Atok menaiki motor bersama Aisa, kawan satu kolej komuniti Rompin Along yang sekarang tinggal bersama kami di rumah mak. Sambil menunggu Izzati, Aisa sempat berborak-borak dengan mak cik dan atok. Rupanya Aisa cuti hari ni, kalau tak, mesti penat kalau dia ikut kami berjogging pagi-pagi ni.

*tengah mengarang sambil tengok siaran ulangan Drama Teduhan Kasih.. Sweetnya Adi Putra!! "Adam, papa balik dulu" .. sweet sangaat.. "saya kan papa dia"

Pukul 7.30 pagi Izzati sampai di rumah 
Atok, kami kalut mengambil air dalam botol buat bekalan. Nampak sangat dah lama tak berjogging, haha.. 

Pagi-pagi kami mencari track jogging Tasik Taman Pelindung, bertanya seorang abang yang sedang berjogging tapi dia pun tak pasti. Tetapi selepas diberitahu tentang tasik di belakang sekolah, terus kami ke sana.

"Ala, tak cantik pun.." pandangan pertama terhadap kawasan track jogging yang baru dibangunkan ini.

*guess what.. tak sempat habis tulis kisah semalam, hari ni jogging lagi dengan zati. Dapat scary story plak tu. Kitorang keluar dalam 6.30ptg, sampai2, pergi pantai dulu, dah tu, sambung jogging dah masuk maghrib. Tiba-tiba tengah jogging, zati panggil, rupanya ada budak india, dia mintak tolong ambilkan selipar.. nasib baik tak panggil Shahida, kalau tak mesti gi tolong sebab kesian.

Izzati take precaution. 
Budak
India tu siap mintak tolong dengan budak-budak mancing yang naik motor tapi nasib baik jugak diorang tak tolong. Kenapa nasib baik? Lepas kitaorang round track jogging, nampak dengan jelas budak tu dah turun dari tembok rumah mewah tu, tetiba dia lari laju ke arah dinding tembok dan lesap disebalik dinding tu.. apakah?? Macam cerita Harry Poter plak, hahaha.. pengalaman baru, alhamdulillah tak jadi apa2 kat kami, Alhamdulillah masih dilindungi oleh Allah..

Actually tak plan pun nak pergi ke arah kawasan berbatu di Pantai Pelindung tu tapi tiba2 Izzati mengajak. Kami pun jogging la sampai ke sana. Lalu betul-betul depan Villa yang cerita Dayang Senandung versi moden tu.

Sesampai di batu-batu, kami berehat sebentar. Apa yang aku ingin kongsikan adalah perasaan memori yang tersimpan di sini. Sebuah memori yang takkan lenyap, memori aku bersama Aki Hamzah. Usia kanak-kanakku banyak dihabiskan dengan Allahyarham Aki.

"Aki, Aki.. kat sana ada udang baring.." jerit Along kepada Aki sambil berlari. Pagi itu, Along, Mak De dan aku berjogging di tepi pantai apabila kami melihat sekumpulan udang baring merah sedang meloncat-loncat di pinggir pantai. Baru sebentar sebelum melihat kebesaran Allah itu, kami melepasi Aki yang ingin bergerak ke arah bertentangan bersama jala mencari udang baring.

"Mak De, Mak De, kat situ banyak udang.." tunjuk aku kepada Mak De Zawiyah.

"Ho, banyaklah sini.. mana Along ni tak sampai lagi. Jomla, kita tangkap dengan baju" kata Mak De memberi idea. Shahida apa lagi, terus melompat masuk dalam air dan saut udang-udang tu menggunakan baju. Sungguh excited diriku dapat menangkap udang-udang yang kemerahan itu. Aku tidak tahu pula orang negeri lain panggil apa tapi udang baring ni la yang orang ramai guna untuk buat belacan.

"Along, cepat long, banyak ni long, geram Angah!" Jeritku kepada Along melihat dia sedang bergerak ke arah kami bersama Aki yang membonceng motor bersama 2 kayu panjang yang dipasang lengkap dengan jala.

Setibanya di lubuk udang baring ini, Aki terus memasang jala dan menariknya di kawasan lubuk ke kiri dan kanan.

"Along, jom tangkap dengan baju!" diriku sangat teruja setelah mendapat segenggam udang hanya dengan menggunakan t-shirt yang dipakai.

"Jom!" Sahut along yang memang teruja kalau ianya berkaitan dengan air. Minat benar Along bermandi-manda dan apa jua yang melibatkan sukan air. Emak pula membantah jika hati ibunya tidak tenang bila Along ingin bermain di sekitar kawasan air. Hal ini semua gara-gara pusat Along dulu tercabut dalam air. Orang-orang tua dahulu kata kalau tercabut pusat dalam air, pasti meninggal dalam air. Hmm, bahananya Along juga yang kasihan.

Teringat ketika keluarga Ayah Tih pergi mandi di sebuah kolam renang berbayar, emak tak benarkan dan Along mengamuk sambil menendang-nendang Almari dapur. Dahla tak dapat pergi, dapat rotan pulak, kesian Along.. Tetapi emak buat begitu sebab mak sayang Along, Along kena faham tu.

Kehidupan waktu kecil terasa berwarna-warni dengan kehadiran Aki dan ibu-ibu dan dua orang bapa saudara yang berlainan darah dari keluarga emak. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan mereka untukku.

Setelah bergembira menangkap udang bersama Along, Mak De dan Aki, kami pulang dalam keadaan basah lenjun. Mentang-mentanglah rumah dekat dengan pantai kan. Huhu..

Sambil kami pulang berjalan kaki, baju sudah kering. Sesampai di rumah atok, kami terus berkejar ke arah batang paip luar rumah yang berdekatan dengan dapur Atok. Ketika kami membasahkan badan dengan air paip, Atok dah mengeluarkan penumbuk belacan dia, sedang menumbuk udang baring yang telah dikeringkan beberapa hari lepas. Aki pula smpai dengan suku guni yang dipenuhi udang baring.

Apa yang lebih menyeronokkan, udang segar itu Mak Tih buatkan cucur udang baring untuk kami. Sedapnya, sudah lama tidak merasa cucur tersebut setelah Aki kembali ke rahmatullah ketika aku berumur 13 tahun. Ya Allah cucurilah rahmat kepada roh Aki, Ayah, Mak long, Tok Che dan nenek moyangku yang telah pergi menemuiMu sebelum ku, semoga mereka mendapat rezeki dariMu dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, amin ya rabbal alamin.

"Jom, sambung jogging!" Ajak Shahida. Akhirnya aku menghabiskan dua pusingan track bersama Izzati. Along dan Aisa dah pancit untuk satu pusingan.

Ketika menghabiskan round terakhir, kelihatan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kuantan sedang menanam pokok beserta pagar kayu di sekitar track jogging. Terima Kasih di atas usaha mereka, semoga tempat ini lebih teduh kelak dengan lebih banyak pokok.

"Kan best kalau diorang tanam tu pokok mempelam, nanti boleh makan buahnya, huhu" kataku sebelum kami bertolak pulang.

"Zati, tasik ni tak cantik, tapi orang yang betul-betul mencintai alam je yang akan kata kawasan tasik ni cantik" kata Shahida sebelum meninggalkan para sukarelawan yang sedang berusaha mencantikkan taman tasik tersebut.

Kenapa cantik? Sebab, orang ramai datang memancing, bermaksud ada ikan; dah ada ikan, ada pulak bangau, burung raja udang, burung warna kuning, burung padi yang kecik-kecik tu terbang dalam kumpulan, cantik sangat. Ha, biawak pun ada tau.. kalau pandang atas, boleh nampak bukit, nampak awan, langit yang membiru, dan kapal terbang yang sedang melalui kawasan tu. Selain itu, dekat dengan pantai. Depan villa dayang senandung tu ada kubu lama tau, tapi tenggelam dalam pasir. Kalau nak tengok structure dia dekat depan kedai makan calong, cuba la masuk, scary pun ada.. dalam otak ni macam pernah nampak tengkorak dalam tu, betul ke atau my imagination je, HEHEHEHE...

Sekian, wassalam

Wednesday 15 January 2014

KEKUATANKU

Adik,

Terasa sayang, terasa rindu..

Mengenalimu membuka mata akak bahawa dalam dunia ini kita perlu jadi kaya supaya nasib saudara seislam terbela. Akak gelak bahagia memikirkan kebahagiaanmu dik. Walaupun susah, akak nampak kasih sayang dalam keluarga adik..

"Akak tau, Piya call ayah, dia tengah laut tau, line pun tak clear, 'ayah, piya takde duit', ayah boleh cakap apa tau, 'nanti kalau ayah singgah mana-mana pulau, ayah bank in kan, tu pun kalau ada mesin ATM la kat situ', boleh pulak ayah piya buat lawak".. cerita Piya yang mengundang ketawaku.


"Ayah Piya cakap apa lagi tau 'nanti ayah bank in kan sekali dengan ikan-ikan bawal bagai dalam ATM machine tu', ada ke akak?" dengan riak muka seperti perkara itu menjengkelkan. Namun riak itu yang membuatkanku terasa lucu dan berkongsi bahagiamu dik.

"Akak, mak Piya kata 'mak masuk 5 ringgit boleh?'" dengan muka bersahaja, mulut disengetkan sedikit ke kiri.

"Maksud mak Piya lima puluh kot" sangkaku..

"Lima puluh tu banyak akak.." membuatku terkesima sebentar..

"Lepas tu mak Piya boleh cakap dengan adik Piya 'Adik, mak rasa lima ringgit banyak sangatla..' lepastu aku terus letak phone" sambung cerita Piya.

"Hah, biar betul.." kataku.

"Mana tak nya akak, aku tengah sesak takde duit, boleh pulak dia cakap macam tu.."

"Lepastu?"

"Mak Piya message, 'Ayah kau dah masukkan 50 ribu',"

"RM50 la tu.."

"A'ah, aku check ada RM50" kata Piya.

"Lepastu boleh pulak ayah call tanya, 'Piya, ko dah buat lesen ke?', aku blurr je.. ayah boleh cakap 'yelah, 50 ribu kan banyak.." hahaha... cerita Piya ni buatkan akak gelak dalam bahagia.

Walaupun hidup susah, kita tetap BAHAGIA dalam konteks kita sendiri. Akak betul-betul rindu dekat ayah akak Piya.. kalaulah akak boleh berkongsi rasa dengan Piya, rasanya dah hilang tawa akak berkongsi Bahagia yang Piya tak sedar tu. Akak cuma nak pesan untuk adik akak ni, hargailah apa yang kita ada, bersyukur dengan setiap pemberianNya ya dik. Tabahkan hatimu dan sentiasa ingat kepadaNya, in shaa Allah akan dibukakan pintu rezeki. Amin....